5.0 misalnya sebagai gejala individu ataupun gejala

5.0       DAPATAN KAJIAN

5.1       PSIKOLINGUISTIK DALAM PENDIDIKAN BAHASA

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Pendidikan bahasa merupakan proses pengkayaan bahasa
dalam kalangan penutur bahasa pertama, dan juga aspek penguasaan berbahasa yang
baru dalam kalangan penutur bahasa kedua. Proses pengkayaan bahasa memperlihatkan
proses penambahbaikan dalam aspek kemahiran dan pengetahuan bahasa yang sedia
ada, iaitu satu proses mengeksplisitkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan
bahasa yang dikuasai pada peringkat awal kehidupan. Umumnya kita mengetahui
tentnag pengetahuan dan kemahiran berbahasa pertama telah dikuasai secara tidak
formal dalam persekitaran keluarga, dan apabila kanak-kanak mencecah usia lima
tahun mereka sudah menjadi penutur yang fasih dalam bahasa ibunda masing-masing.
Kemahiran ini dirujuk sebagai kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur.

Sementara dalam proses pendidikan bahasa
sebagai bahasa kedua pula, ianya dilihat sedikit berbeza. Hal ini demikian
kerana sasarannya adalah ke arah pembinaan bahasa yang baharu, iaitu membina
tabiat berbahasa dalam bahasa kedua, di samping kemahiran berbahasa pertama
yang telah dikuasai. Proses membina kemahiran berbahasa yang baharu atau
kemahiran berbahasa yang kedua perlu dilakukan dalam satu proses pendidikan
yang bersifat lebih formal dan sistematik. Kemahiran dalam berbahasa kedua
adalah suatu kemahiran tambahan bagi seseorang individu, iaitu satu kemahiran
baru yang kadangkala mempunyai perbezaan yang agak ketara dengan kemahiran
sedia ada, iaitu kemahiran menggunakan bahasa ibunda. Tahap perbezaan atau
darjah kelainan antara dua bahasa adalah bergantung kepada darjah kekerabatan
antara bahasa pertama dan bahasa kedua, dan darjah kekerabatan antara dua
bahasa merupakan salah satu pemboleh ubah yang penting dalam proses merancang
dan melaksana sesuatu program pendidikan bahasa.

Di sinilah peranan disiplin psikolinguistik
dalam pembelajaran bahasa sangat penting kerana dengan memahami psikolinguistik
seorang guru dapat mengenal pasti proses yang terjadi dalam diri pelajar ketika
pelajar menyemak, berbicara, membaca, ataupun menulis dan berkemampuan dalam
keterampilan berbahasa. Bahasa sememangnya merupakan ciri khas manusia dan
merupakan sesuatu yang kompleks dan objek pembelajaran bagi kegiatan ilmu yang
pelbagai bersesuaian dengan bidang ilmu yang dipelajarinya. Selain itu, bahasa
juga dapat dinilai dari aspek yang berbeza misalnya sebagai gejala individu
ataupun gejala sosial.

Dari aspek penyelidikan pula, bahasa
merupakan sebahagian dari ilmu yang berkait dengan ingatan, keterampilan dan
persepsi dapat diguna pakai untuk menerangkan tingkah laku yang bersifat
kebahasaan mahupun bukan kebahasaan. Menerusi gejala sosial, bahasa merupakan
sebahagian dari sosiologi umum yang diguna pakai untuk menerangkan struktur
sosial kebudayaan, status dan peranan dan sebagainya. Dengan demikian proses
mempelajari bahasa dipengaruhi oleh unsur dari luar dan inilah yang menimbulkan
dorongan agar terciptanya autonomi atau kebebasan ilmu bahasa dari ilmu yang
lain. Melalui penerapan teori-teori linguistik pembelajaran bahasa,
bermungkinan teori berasal dari bidang linguistik teoritis dengan aliran
pembelajaran bahasa struktural atau tranformasi atau mungkin juga dari disiplin
ilmu psikolinguistik mahupun sosiolinguistik. Apa yang penting ialah teori ini
dapat dimanfaatkan untuk pelaksanaan pembelajaran sesuatu bahasa khususnya
pendidikan bahasa Melayu..

Ilmu psikolinguistik menyatakan bahawa
bahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan maksud fikiran atau
perasaan. Dalam hal ini, pembelajaran bahasa bukan dimaksudkan agar murid hanya
menguasai bahasa itu sebagai suatu sistem yang berdiri sendiri, hingga disebut
sebagai taraf penguasaan keterampilan memanipulasi bahasa sahaja. Mungkin ini
disebabkan oleh perhatian guru yang terlalu menitikberatkan pada kemampuan
murid menghasilkan ayat yang betul secara gramatikal, sehingga kurang memberi
kesempatan pada murid untuk menyatakan kemampuan atau isi hati dengan ayat yang
telah dipelajari itu.

Berdasarkan kepada gejala ini, hal yang
penting adalah latihan berkomunikasi diberikan sebaik mungkin, Sebaiknya guru
jangan terlalu bersifat keterlaluan dengan hanya meminta murid menghasilkan ayat
yang betul sahaja hingga mengetepikan proses komunikasi. Hal ini juga tidak bermaksud
bahawa murid dihadapkan pada situasi yang rumit sehingga terhalang untuk
berkomunikasi, melainkan dipilihkan situasi yang cukup sederhana dan dalam
batas kemampuan murid untuk berkomunikasi. Justeru, guru dituntut untuk lebih
kreatif dan inovatif dalam menciptakan situasi yang serasi dengan kemampuan
murid, agar murid terdorong melatih menggunakan bahasa sasaran sebagai medium
untuk berkomunikasi.